Sunday, March 15, 2009

Hipertensi - Anda Mampu Mengubahnya


HIPERTENSI


Tekanan darah terhasil apabila daya dikenakan ke atas dinding arteri ketika darah dipam oleh jantung ke seleruh bahagian badan. Tekanan darah menentukan kekuatan jantung, isipadu darah yang dipam oleh jantung dan juga kemampuan arteri ketika menyalurkan darah ke organ-organ badan.

APAKAH TEKANAN SISTOLIK?

Ia adalah tekanan darah ketika jantung menguncup ketika mengepam darah ke organ-organ badan.

APAKAH TEKANAN DIASTOLIK?

Ia adalah tekanan darah ketika jantung berehat di antara dua degupan jantung.

PENYEBAB HIPERTENSI

Tekanan darah ditentukan oleh isipadu darah yang dipam oleh jantung dan oleh saiz serta keadaan arteri. Faktor-faktor yang yang menyumbang kepada tekanan darah termasuklah isipadu air dalam darah, tahap garam dalam badan, keadaan buah pinggang, sistem salur darah dan tahap pelbagai hormon dalam badan.

SIMPTOM-SIMPTOM HIPERTENSI

Kebiasaannya tiada simptom. Kebiasaannya anda mengalami sakit kepala. Jika anda mengalami sakit kepala yang teruk anda dinasihatkan terus berjumpa doktor dengan segera. Berikut adalah tanda seseorang itu mengalami hipertensi atau komplikasi akibat hipertensi:

  • keletihan
  • kecelaruan (confusion)
  • penglihatan yang kurang baik
  • sakit dada
  • kegagalan jantung
  • kencing berdarah
  • hidung berdarah
  • degupan jantung tidak sekata
  • telinga berdengung

4 comments:

  1. Saya tau aqif pakar dalam bab kesihatan ni. Tapi saya lebih suka kalau ada bab penyakit 'buasir', Boleh aqif terangkan sikit x?

    ReplyDelete
  2. I studie medicine and your blog is great although I don't understand it, what is the language?

    ReplyDelete
  3. I AM AN AMERICAN BOY MY NAME IS LEU LEUTRAIX

    ReplyDelete
  4. Terima Kasih, artikelnya bagus dan memberikan pencerahan bagi yang memerlukan artikel kesehatan.
    Silahkan kunjungi balik ke Blog saya.

    ReplyDelete